Saturday 22 February 2014

Kenangan lama

memang, ianya menyakitkan. tapi, ia masih suatu kenangan. dan bila ada yang kenang, ia akan kembali. aku mengaku banyak perkara yang terjadi dahulu tanpa aku sedar. Khilaf aku, aku yang tahu. 

namun, semua itu tetap menyakitkan. walau jasad ini mampu berdiri dan senyum. hati ini masih terasa peritnya. 
walau ramai yang berkata aku mampu melupakan semuanya, tapi.. hati ini, Allah sahaja yang tahu. 

MAAFKAN DIRI INI

Tuesday 3 July 2012

today is the day :D

sekarang tepat jam 12.00am/3july2012 dan bermakna aku akan daftar ke KPM beranang pukul 8.30am nnti. perasaan? cnfrm aku berat hati.. aku tak nak tapi aku kene kuat. aku dah besar lahh . kan? hehe 

 Nur Raihan Najeeha,besfriend aku dari form1 smpi sekarang. kalau nak ekod, ramai tak kenal aku ngn dia.tapi dia lah kawan aku yang support aku. dia banyak bantu aku time spm haritu. dia banyak bagi aku kata kata semangat. apa lagi yang nak diharap dari seorang kawan kan? itu jeh dah memadai. dia banyak nasihat aku. sekarang dia amek form6 kat samtar course usuluddin. aku jelesss :( teringin nak amek course tuh. tapi nta lah. mungkin hanya mmpu jeles jeh. hehe dia tahu aku, dia kenal aku. senang citer dia paham lah aku. tapi tadi dia cakap ayat sedih 'kau jangan lupa pulak aku ni, aku ni bestfriend kau' ya Allah, kau lah kawan aku dunia akhirat. aku tak penah lupa membe :) walaupun aku tak selalu kelua ngn dia, tapi aku rasa sangat dekat dengan dia. thank syg muah muah hehe. 

oh btw,aku dah siap packing semua. tinggal berangkat jeh. aku tak bawak bnyk sgt pun barang tapi akak hani aku cakap aku mcm dah tak nak balik balik banting dah. HAHA first time dok asrama hoi. tak tau lah mcm mne nanti. just. doakan saya yeh. ramai orng risau aku berubah. insyaAllah, selagi aku hasya. aku masih hasya. aku masih seperti dulu.







 JAGA HATI    
JAGA IMAN
JAGA DIRI

Wednesday 27 June 2012

baby step.

uwekk uwekk* bunyi bayi menangis. ahha 


 harini, alhamdulillah semua suratsurat kpm dah settle. akaun bank dah buka, semua dah siap isi. and tadi amek gmbar passport and i was like. seriously? bukan apa, muka pucat gilew.mak marah marah kenapa nak amek juga even nampa tak elok. and i think akak tuh jeles ngn aku kod. tuh dia pg putihkan bibir aku skli --' . but nvm lah. i dont care look ugly on the picture. pheww *bajet cantik kat luar jeh . haha 

  tiktoktioktoktiktoktiktok. lagi 5 hari jehh nak masuk kpm, uarggghhh rasa mcm nak nanges jeh.17 tahun tak penah terasing pun ngn mak abah. ni 3 tahun nak kene dduk beranang tuh. mungkin aku kene sedar yang aku dah besar kod. _-_  haha homesick lah jawabnyaaa T T naseb lah dekat jeh. atleast dekat ngn abah aku kat seremban kan. heek and naw time untuk kemas barang nak bawak sanaa .  baju baju semua. one thing aku tak puas hati sikit pasal kpm, dorng cerewat bab kasut. ktorng kene pakai kasut PVC/PU SAHAJA. canvas/sandal/selipar tak dibenarkan. i dont mind about sandal or selipar. but canvas? aku banyak kasut canvas lahhhh . tak bestnyaa tak dapat tuka tuka kasut. and aku just ada sepasang kasut PU. tuh pun macam kasut kawad bak kata akem. haha ergh. somebody help meee! haha pfthh okay, time unutk geledah almarii...   :)

Monday 25 June 2012

santapan minda

Apabila kita marah, kita hendaklah diam. Kerana kemuncak marah itu hanya beberapa saat. Jangan cepat melatah, kecil hati dan berasa marah kerana ada sesuatu yang kita tidak suka. Semuanya adalah ujian Allah. Sesungguhnya, Allah mengasihi orang yang pemaaf dan dapat menahan kemarahannya.

(Quran 3: 134)“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;”

Sunday 24 June 2012

kenapa?

untuk apa aku memahami hati yang tidak pernah memahami aku? untuk apa aku cuba mencari hati yang tidak mahu dicari oleh ku? untuk apa aku tangiskan hati yang sering kali bahagia tertawa? untuk apa semua pengorbanan ini? untuk apa? 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku sendiri menangis keseorangan , aku sendiri menanggung ini keseorangan, aku sendiri kecewa keseorangan. mungkin kerna aku sendiri yang memahami hati dan perasaan ku. mereka tidak akan memahamii hati ku, kerna aku sendiri tidak mengizinkan sesiapa memahami aku. biarlah suami ku sendiri yang melayan aku dan memahami aku.biarlah sidia yang mengetahui hati aku lebih dari semua orang. aku menjaga cinta sejatiku yang sebenar setelah aku diijab kabulkan. insyaAllah. 




Saturday 23 June 2012

cinta

kadang kadang aku rimas dengan semua ini. perasaan yang sering kali teruja malah selalu kecewa. patah hilang berganti. kalau dikira, seolah olah aku mempunyai banyak sangat cinta. bila dicerita tentang cinta, ramai orang gila cintaaaa. ada cinta mati ada juga cinta judi. #np-gila judi* HAHA oh yeahh pfth forget it. 

Friday 22 June 2012

syukur ya Allah.

memang benar kuasa Allah itu sangat besar dan kita sendiri tidak dapat menjangkanya. walaupun semalam aku menangis dan aku berduka kerana hati aku dikecewakan tetapi hari ini, aku senyum melihat masa depan ku yang cerah, urusan pelajaran aku sudah dipermudahkan.. mungkin juga Allah memakbulkan doa ku, mungkin juga dia sudah memujuk hati aku. Jangan Bersedih, kerna Allah sentiasa bersama mu. perkataan yang acap kali aku ulang sebelum tidur dan ternyata aku bangun dengan tenang. memang aku merindui saat saat henfon ku berbunyi di pagi hari mengucapkan selamat pagi. tetapi aku lebih bahagia memikirkan Allah di pagi hari. biar semua ini menjadi pengajaran buat hidupku. aku yakin dengan mencintai Allah dan Rasullullah akan buat aku lebih lebih bahagiaaa. dan aku ingin berjumpa mereka dalam keadaan yang baik dan elok kelak. aku ingin mereka memandang ku dengan penuh syahdu bukan dalam keadaan yang dimurkai. Ya Allah, hanya kepadamu aku memohon, kau kuatkan lah iman aku. 






ALHAMDULLLLAH ,ALLAHUAKHBAR,ASTAGHFIRULLAH