Friday 22 June 2012

syukur ya Allah.

memang benar kuasa Allah itu sangat besar dan kita sendiri tidak dapat menjangkanya. walaupun semalam aku menangis dan aku berduka kerana hati aku dikecewakan tetapi hari ini, aku senyum melihat masa depan ku yang cerah, urusan pelajaran aku sudah dipermudahkan.. mungkin juga Allah memakbulkan doa ku, mungkin juga dia sudah memujuk hati aku. Jangan Bersedih, kerna Allah sentiasa bersama mu. perkataan yang acap kali aku ulang sebelum tidur dan ternyata aku bangun dengan tenang. memang aku merindui saat saat henfon ku berbunyi di pagi hari mengucapkan selamat pagi. tetapi aku lebih bahagia memikirkan Allah di pagi hari. biar semua ini menjadi pengajaran buat hidupku. aku yakin dengan mencintai Allah dan Rasullullah akan buat aku lebih lebih bahagiaaa. dan aku ingin berjumpa mereka dalam keadaan yang baik dan elok kelak. aku ingin mereka memandang ku dengan penuh syahdu bukan dalam keadaan yang dimurkai. Ya Allah, hanya kepadamu aku memohon, kau kuatkan lah iman aku. 






ALHAMDULLLLAH ,ALLAHUAKHBAR,ASTAGHFIRULLAH

No comments:

Post a Comment